Zahid Ucap Selamat Hari Wanita Sedunia, Wanita Penggerak Kemajuan, Pembangunan Negara


KUALA LUMPUR, 8 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia 2021 dan menganggap bahawa wanita adalah penggerak kemajuan dan pembangunan negara.

Katanya, tiada wanita bererti tiada sesebuah keluarga yang mampu melahirkan pemimpin yang hebat.

“Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia. Itu peribahasa selalu diungkap bagi menggambarkan betapa hebat peranan wanita.

“Wanita menyumbang tenaga, memacu keringat bersama mencorakkan institusi kekeluargaan dan pengukuh masyarakat penyayang,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut yang dimuatnaik menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), jika diimbau sejarah kemerdekaan negara, semangat juang wanita tidak pernah luntur iaitu bersama-sama mengharungi kepayahan dan menabur bakti.

“Di sebalik sifat lemah lembut wanita, tersimpan kekuatan yang utuh. Oleh itu sayangilah isteri dan ibu kita kerana setiap kejayaan doa mereka jua,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021 hari ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.