Nampak Gaya Menteri Mahu ‘Backup’ Diri… Dasar Sesuka Hati, Menteri ‘Flip Flop’ Tidak Benar? – Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Mac – “Nampak gaya menteri mahu ‘backup’ diri dan kerajaan dalam isu persekolahan yang telah banyak membebankan serta menyusahkan ibu bapa serta murid.”

Demikian tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila menteri kata keputusan kerajaan berhubung status operasi sekolah ketika pandemik COVID-19 adalah berdasarkan maklumat, data dan analisis pelbagai pihak.

Maka katanya, ia bukannya atas keputusan menteri semata-mata.

“Justeru beliau mendakwa persepsi masyarakat yang melabelkan keputusan dibuat kerajaan atas dasar ‘suka hati menteri’ dan ‘flip flop’ tidak benar.

“Mungkin benar pelbagai maklumat, data dan analisis ketika itu adalah daripada pelbagai pihak, tetapi menteri tak elok cuba ‘cuci tangan’ kerana yang buat keputusan kerajaan jua,” ujar beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkaitan hal terbabit.

Katanya, malu nak kata tapi hakikatnya memang begitu kerana agak haru biru dan serba tak kena ibu bapa dibuatnya.

“Anak-anak lagi la ‘confius’. Maka timbullah persepsi ‘flip flop’.”

Jelasnya, pandemik COVID-19 sejak Februari 2020, namun sehingga sekolah dibuka semula, tiada pendekatan yang solid berhubung soal pengajaran dan pembelajaran murid sepanjang tempoh itu.

“PdPR secara dalam talian tidak digerakkan dengan hala tuju yang konkrit bagi memastikan pendidikan dapat berjalan seperti biasa sepanjang sekolah ditutup.
Peperiksaan terpaksa ditangguhkan. Begitu ramai pelajar dan murid tercicir dalam pelajaran.

“Itu belum masuk cerita ibu bapa terpaksa meminjam ah long bagi membelikan gajet untuk anak-anak mengikuti PDPR. Kerajaan kelihatan buat ‘donno’ saja.

“Sehinggakan ada menyindir satu-satunya perkara yang positif adalah pakaian sekolah dibeli pada 2020 dapat digunakan pada 2021.”

Apapun katanya, sekolah telah pun kembali dibuka.

“Maka boleh la kurangkan sedikit masa mencuci motosikal dan lebihkan tumpuan kepada kerja-kerja hakiki,” kata beliau lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.