Townhall JR Wanita Permatang Pauh Simbolik Pengukuhan – Norliza

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Townhall Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO Bahagian Permatang Pauh berjaya diadakan hari ini bagi mengukuhkan semangat kesetiaan sayap yang menjadi tulang belakang utama parti.

Ketua Wanita UMNO Negeri, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata townhall ini juga antara lain bertujuan untuk merangka pelan membantu rakyat.

“Sambutan terhadap townhall ini amat menggalakkan walaupun ianya terpaksa diadakan secara norma baru melalui dalam talian dengan aplikasi Google Meet menjadi bukti bahawa Wanita UMNO sentiasa komited dalam bermusyawarah.

“Nilai bekerjasama seperti ini penting demi meneruskan perjuangan parti keramat bangsa Melayu yang sentiasa ikhlas demi agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi satu hantara di Facebook.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata pelbagai pandangan baharu telah dikemukakan sepanjang townhall tersebut berlangsung.

“Pelbagai isu, masalah dan juga idea telah berjaya dibincangkan secara berkesan dalam townhall ini dan diharapkan program sebegini akan membantu dalam memperkukuh ukhwah dan kesetiaan Wanita UMNO Pulau Pinang keseluruhannya.

“Townhall ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai persediaan untuk Wanita UMNO dalam bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.