UMNO/BN Terus Fokus Agenda Perjuangan, Iltizam Perkasakan Parti Demi Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Presiden UMNO merangkap Penegrusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN terus fokus kepada agenda perjuangan parti kerana iltizam adalah untuk memperkasakan semula parti dengan hati penuh tulus ikhlas demi rakyat dan negara.

Dalam hal ini, katanya, abaikan ‘reverse psychology’ tentera siber kerana UMNO/BN belum terlambat dalam penggunaan media sosial seperti yang mereka dakwa.

“It is never too late. PRU14 kita jadikan sempadan. PRU15 objektif destinasi kejayaan kita bersama,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian susulan seruannya sebelum ini meminta seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN all out gunakan media sosial.

“Tentera siber marah. Serang akaun Facebook saya. Memperlekeh dan memutarbelitkan gesaan saya. Mungkin sebab makan cili rasa pedas atau mungkin juga kerana arahan. Wallahualam… tetapi apa maksudnya di sini tuan-puan para jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN sekalian?

“Ini bermaksud mereka kalut dengan seruan itu. Mereka resah semboyan bersahut. ‘Kluster Fitnah’ bimbang rakyat tahu akan kebenaran – akan tahu pernah diperdayakan bos mereka.

“’Kluster Kuasa’ khuatir bos hilang kedudukan apabila rakyat menyedari UMNO/BN jua yang terbaik untuk mereka. ‘Kluster Cari Makan’ takut UMNO/BN bangkit kuat bos hilang jawatan maka mereka apa pun tak boleh.”

Dalam masa yang sama, beliau berterima kasih kepada yang memberi nasihat dan cadangan.

“Insya-Allah platform media sosial akan dapat membantu usaha murni tuan-puan semua,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.