Kekeliruan Dalam Kenyataan Media BN

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Merujuk kepada Kenyataan Media oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang bertarikh 4 Mac 2021, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar sedikit kekeliruan terhadap Kenyataan Media berkenaan adalah atas kekhilafan seorang pegawai di Sekretariat BN.

Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz memaklumkan telah mewujudkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman pada pagi ini bagi membincangkan penyiaran Kenyataan Media Pengerusi BN yang tidak mendapat kelulusan pihak Sekretariat Dewan Tertinggi BN terlebih dahulu yang kurang tepat sebagaimana yang telah diperbincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Maka setelah mendengar pandangan Jawatankuasa Siasatan Dalaman, saya telah menggantung tugas Ketua Pegawai Media BN bagi tempoh satu bulan berkuatkuasa serta merta. Ini juga bagi membolehkan proses siasatan dalaman dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci dan lebih berkesan,” maklumnya dalam kenyataan media hari ini. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/03/KM-5-Mac-2021.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.