PH Gegak-gempita Pelan Pemulihan TH Mereka Berjaya?

TABUNG Haji umum hibah tahun 2020 adalah 3.1% – melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion. Maka bergegak gempitalah penyokong PH kononnya ini bukti kejayaan Pelan Pemulihan yang mereka jalankan

Benarkah begitu?

Begini. Punca keuntungan tahun 2020 berlaku kerana 3 faktor.

Pertama, daripada jumlah keuntungan itu, RM819 juta datang daripada sukuk UJSB yang belum dibayar lagi (keuntungan tidak nyata / unrealised profit).

Disebabkan Ketua Audit Negara telahpun memberikan teguran tentang kelemahan sukuk ini (tiada jaminan kerajaan) sehingga beliaupun tidak pasti sama ada ia boleh dibayar atau tidak mengikut perjanjian, maka terdapat cadangan termasuk daripada ahli lembaga pengarah sendiri agar keuntungan itu tidak dimasukkan dalam hibah.

Ia sepatutnya dimasukkan pada tahun 2026 dan 2029 (tahun sukuk ini sepatutnya dibayar). Tetapi TH telah memilih untuk mengiranya juga sebagai hibah sepertimana amalan pada zaman PH.

Kedua, Tabung Haji tidak membuat impairment (rosot nilai) sebanyak RM234 juta bagi TH Plantations Berhad. Benda ini bertentangan dengan kritikan-kritikan dahulu apabila Tabung Haji pernah gagal merekodkan rosot nilai sebahagian asetnya pada tahun 2017.

Ketiga, tahun lepas tak ada haji. Maka TH dapat menjimatkan sekitar RM 400juta untuk dibahagikan semula dalam bentuk hibah.

Sekiranya ketiga-tiga perkara ini tidak dibuat, maka hibah Tabung Haji tahun ini sepatutnya hanyalah sekitar 1.4% sahaja atau kira-kira RM1 bilion.

Jadi bukankah akhirnya sebahagian hibah ini dibayar dengan wang pendeposit?

Bukankah sama dengan tuduhan kurang akal PH termasuk pengurusan TH hari ini bahawa TH pada zaman BN adalah sejenis skim Pak Man Telo?

Sedap ke telan ludah sendiri?

Seterusnya, daripada mana pula kebanyakan baki keuntungan RM1 bilion ini datang? Sedangkan banyak pelaburan dan perniagaan mengalami kerugian tahun lepas.

Jawapannya pasaran saham. Pelaburan dalam segmen inilah sebenarnya memberikan keuntungan kepada Tabung Haji. Perkara yang sama juga berlaku kepada pelbagai GLIC / agensi lain sehingga KWSP contohnya masih mampu memberikan pulangan 5.2% kepada pencarum konvensional.

Cumanya disebabkan Tabung Haji ini patuh syariah sepenuhnya, maka mereka tidak boleh melabur di dalam majoriti kaunter kewangan seperti bank atas isu kehalalan.

Itulah juga sebab kenapa pulangan caruman syariah KWSP(4.9%) lebih rendah daripada pulangan konvensional mereka.

Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa perancangan perniagaan Tabung Haji pada zaman BN sebenarnya betul. Termasuklah tindakan mereka meletakkan 53% pelaburan TH di dalam pasaran saham.

Sebab akhirnya pelaburan seperti inilah termasuk instrumen kewangan (contohnya terbitan sukuk kepada anak syarikat) yang menyelamatkan kedudukan kewangan TH.

Walaupun risikonya lebih tinggi, tetapi ia diseimbangkan pula dengan pelaburan fizikal seperti hartanah, hospitaliti dan perladangan.

Tuduhan-tuduhan kononnya pengurusan lama jahat dan merosakkan Tabung Haji akhirnya terbukti kerja pembodohan semata-mata. Kerana akhirnya pengurusan TH lantikan mereka hari ini menerima manfaatnya.

Patutlah tak buat RCI!

Anyway, Laporan Kewangan Tabung Haji 2019 bila nak keluar? – UMNO ONLINE

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu