Jaga Dulu Rumah Sendiri, Tak Perlu Sibuk Urusan Parti Lain – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Exco Pemuda UMNO, Datuk Najmil Mohamed Aris secara sinis menasihatkan agar pihak tertentu yang cuba terus menerus melontarkan ‘serangan’ terhadap UMNO supaya menjaga urusan parti sendiri terlebih dahulu.

Dengan memetik pepatah Melayu yang menyebut ‘katak bila musim kemarau akan resah sebab tiada air’, Najmil mengibaratkan begitu jugalah dalam politik, apabila ada juga ‘katak’ yang akan resah kerana tiada kerusi untuk bertanding.

“’Katak’ ini sudahlah melompat dan meninggalkan rumah asalnya untuk kepentingan sendiri dan kini mendesak kita untuk ikut kepentingan mereka.

“Zaman PN inikan zaman kamu. Pergilah bertanding di kerusi PH (42 Dap, 38 PKR, 11 AMANAH). Buat apa nak takut dengan mereka. Dulukan kawan baik. Sampai ada yang cakap zaman UMNO telah tamat,” katanya menerusi catatan di Facebook, di sini, hari ini.

Najmil seterusnya menambah tidak kurang ada juga yang mendesak UMNO mendedahkan mesyuarat MKT kerana mereka resah.

“Kalau zaman UMNO sudah tamat, tamatlah riwayat kerajaan PN. Hati-hati kepimpinan UMNO, dulu mereka mengkhianati PH. Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Jagalah rumah masing-masing. Tak perlu sibuk urusan parti lain,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.