Perhimpunan Agung UMNO 27- 28 Mac, Laksana Sambutan 75 Tahun


KUALA LUMPUR, 23 Feb – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan bahawa tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2020 ialah pada 27 dan 28 Mac 2021 (Sabtu dan Ahad).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, pelaksanaan Perhimpunan Agung UMNO 2020 adalah kombinasi perhimpunan secara bersemuka dan juga secara maya.

“Segala SOP PKP, PKPB dan PKPP akan dipatuhi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam masa yang sama beliau memaklumkan UMNO akan berusia genap 75 tahun pada 11 Mei ini.

“Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sempena sambutan Jubli Intan 75 Tahun kelahiran UMNO.

“Antara aktiviti adalah sayembara (pertandingan) penulisan puisi, video pendek dan mencipta logo.”

Katanya lagi, maklumat lanjut mengenai tiga sayembara adalah seperti di lampiran kenyataan ini atau layari https://umno-online.my. – UMNO Online

Download (PDF, 5.26MB)