UMNO Yang Mesyuarat, Parti Lain Pula Yang Resah? – Shahril

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan secara sinis membidas pihak-pihak tertentu yang cuba mempersoal serta menyerang parti itu secara terbuka.

Tegas beliau kenapakah pihak berkenaan yang sejak akhir-akhir ini dilihat tidak henti-henti menyentuh UMNO termasuklah yang terbaru gesaan untuk mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Saya perhati seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebuah parti ini seolah-olah ada “assignment” untuk mempersoal dan menyerang UMNO secara terbuka.

“Sudah beberapa kenyataan mutakhir dia yang tak henti-henti menyentuh UMNO. Tidak nampak pula kenyataan tentang partinya sendiri.

“Terkini, individu ini menggesa UMNO untuk mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat,” ujarnya dalam catatan di Facebook, di sini hari ini.

Dalam pada itu Shahril turut menegaskan jika UMNO mahu mengumum atau mendedahkan sebarang keputusan, UMNO akan lakukan mengikut waktu dan garis masanya sendiri.

“Manakala sebarang kenyataan rasmi mengenai keputusan dasar akan datang dari Presiden atau Setiausaha Agung,” tambahnya.

Tambahnya lagi, gesaan terbuka melalui media untuk UMNO mendedahkan perihal dalaman parti hanya membongkar kelemahan pihak yang menggesa tersebut.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.