Ketibaan Vaksin Pertama COVID-19: Program Vaksinasi Terbesar Untuk Kesihatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam memperlihatkan usaha dan perit jerih kerajaan dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata kesungguhan dan komitmen kerajaan termasuklah mereka yang dipertanggungjawabkan dan seterusnya digabungkan pelbagai pihak khususnya peranan Kementerian Kesihatan yang diterajui Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Menterinya, Khairy Jamaluddin akhirnya membuahkan hasil.

Jelas beliau setelah pandemik COVID-19 menyerang negara awal tahun lalu, pelbagai inisiatif telah dijalankan dalam usaha mencari vaksin selain daripada pelbagai langkah lain yang telah diambil oleh pihak kementerian dan kerajaan itu sendiri dalam usaha menyelamatkan seluruh rakyat di negara ini.

“Selain untuk negeri-negeri lain, Johor juga antara negeri yang turut menerima kumpulan pertama Vaksin COVID-19 apabila vaksin tersebut dibawa terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura ke Tambak Johor.

“Tentunya ketibaan vaksin tersebut adalah satu perkara yang amat dinanti-nantikan oleh bangsa Johor dan Menteri Kesihatan, yang juga Ahli Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba yang sebelum itu turut berada di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) turut sama menyambutnya bersama Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad di Tambak Johor.

“Kita percaya ketibaan vaksin untuk rakyat Johor khususnya merupakan satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh bangsa Johor itu sendiri dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dan pada masa yang sama memperlihatkan keseriusan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Katanya lagi kesanggupan dan kesediaanya menyambut vaksin berkenaan bersama Datuk Seri Dr Adham dan barisan kepimpinan lain menyerlahkan segala-galanya kepada rakyat Johor bahawa soal keselamatan dan kesihatan rakyat adalah perkara yang utama.

Norshida yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat seterusnya melahirkan rasa kesal dan sedikit terkilan terhadap sikap segelintir mereka yang cuba memanipulasi serta cuba memainkan isu yang tidak sewajarnya berkaitan vaksin ini apabila cuba menjadi populis.

Seharusnya tegas beliau sewajarnya dalam soal keselamatan rakyat seumpama ini, lihatlah secara mendalam bagaimana usaha kerajaan khususnya Datuk Seri Dr Adham Baba serta barisan hadapan yang lain dalam menghadapi cabaran penularan pandemik ini.

“Biarpun vaksin COVID-19 telah pun berada di negara ini, marilah kita bersama-sama untuk terus mengamalkan normal baharu sepertimana yang disarankan oleh pihak Kementerian kesihatan antaranya 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

“Kita juga perlu elakkan 3S iaitu jauhi kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempit  dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat. Kita mampu untuk menjadikan ianya amalan atau normal baharu dalam kehidupan seharian,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.