‘Sugarbook’ : Ketegasan Pihak Polis Dipuji, Harap Dapat Dibendung Sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Ketegasan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu ‘Sugarbook’ yang pernah disuarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini merupakan satu langkah yang baik.

Ketika menyuarakan soal berkenaan menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional ((BN) berkata isu tersebut sepertimana laporan media cukup membimbangkan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ketegasan berhubung isu ‘Sugarbook’ yang dipamerkan dalam isu aplikasi ‘Sugarbook’.

Perkara ini juga pernah saya suarakan pada 14 Februari lalu.

“Kita tidak mahu laporan media seramai 12,705 mahasiswa didakwa menggunakan aplikasi media sosial untuk mencari ‘sugar daddy’ berterusan,” katanya.

Kata beliau lagi seperti yang dinyatakan sebelum ini fenomena itu sangat membimbangkan kerana ia bukan saja memperlihatkan keruntuhan moral, malah bertentangan dengan hukum syarak bagi mereka yang beragama Islam.

“Besar harapan kita agar kegiatan seperti ini dapat dibendung sepenuhnya di negara ini. Saya menyeru pihak SKMM dan JAKIM membendung sehabis baik gejala ini. Selamatkanlah ummah kita,” ujarnya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.