Spekulasi Kenyataan MKT Tidak Benar, Bukan Pendirian Parti

KUALA LUMPUR, 21 Feb – UMNO memandang serius berita yang tular kononnya berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kelmarin.

Menurut kenyataan yang disiarkan Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO,  sebarang kenyataan mengenai keputusan MKT parti tersebut adalah tidak sahih, melainkan ia datang daripada kenyataan rasmi parti atau kepimpinannya.

“Sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti,” menurut  kenyataan berkenaan, di sini, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial dakwaan yang mengatakan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Laporan tersebut dikatakan susulan pertemuan kepimpinan UMNO di Janda Baik, Pahang, Jumaat lalu. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.