Tahniah UMNO Sabah, Tetap Setia Biarpun Berdepan Cabaran – Shahril

KUALA LUMPUR, 20 Feb – UMNO Sabah yang kini berusia 30 tahun telah berjaya meletakkan rakyat negeri berkenaan di bawah sebuah kerajaan yang prihatin dengan nasib mereka.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata walaupun berdepan dengan cabaran demi cabaran UMNO Sabah tetap setia.

“UMNO Sabah berjaya meletakkan rakyat negeri Sabah di bawah sebuah kerajaan yang sentiasa peka dengan nasib dan masa depan rakyat, walaupun banyak cabaran perlu dilalui,” katanya menerusi catatan di Facebook, di sini, hari ini.

Tambah Shahril lagi, UMNO jauh dari sempurna dan ada khilaf.

“Kerana lumrah sifatnya yang tidak sempurna. Namun, jatuh dan bangun UMNO Sabah tetap setia dan masih yakin dengan perjuangan UMNO.

“Tahniah pemimpin dan ahli UMNO Sabah kerana sentiasa berusaha memberikan yang terbaik,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.