Usaha Terancang, Bersepadu Diperlukan Untuk Wujudkan Bangsa Usahawan Dan Negara Berteraskan Keusahawanan


KUALA LUMPUR, 17 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan untuk mewujudkan bangsa usahawan dan negara berteras keusahawanan ia memerlukan kepada usaha terancang serta sepadu.

Katanya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) di Twitter, yang terpenting adalah pengangguran diatasi dan rakyat hidup gigih dengan berniaga.

Di dalam ciapan yang berlainan, Ahmad turut mengulas mengenai laporan berita media arus perdana mengenai progam Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang akan membantu lima ribu graduan di mana sehingga kini seramai 232,000 orang graduan baharu masih menganggur.

“Oleh itu usaha sepadu kerajaan dengan kementerian-kementerian adalah diharapkan agar isu besar ini dapat diatasi segera.

“Graduan juga perlu terus berusaha untuk tingkatkan kemahiran diri,” seru Ahli Parlimen Pontian itu.

Begitu juga tambah Ahmad, ketika pelajar di pusat kemahiran dan siswa-siswi di universiti, wajar diterus ilmu niaga yang dipelajari asasnya di sekolah menengah di mana subjek keusahawanan mesti dimulakan sejak tingkatan 1 agar dalam tempoh lima tahun di sekolah menengah mampu menanamkan ilmu perniagaan.

Oleh kerana itu juga dalam satu twitnya, Ahmad berkata kesan pengangguran amat besar kepada masyarakat.

“Pengangguran beri kesan psikologi, ekonomi dan sosial kepada rakyat.

“Sukar untuk ubah mentaliti makan gaji kepada usahawan kerana budaya orang Melayu yang belum lagi menguasai ekonomi,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.