Pemuda UMNO, Skuad Sabil Seluruh Malaysia Sanitasi Sekolah-Sekolah Menjelang SPM/STPM

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Pemuda UMNO memaklumkan menerima banyak aduan dan maklumbalas berkaitan keresahan dan kebimbangan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM/STPM yang bermula 22 Februari ini.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan, sebagai memahami dan menyelami perasaan ini, 191 Bahagian yang terdiri daripada Sukarelawan Skuad Sabil dan Pemuda UMNO Bahagian seluruh Malaysia telah digerakkan untuk menyahkuman dan melakukan sanitasi.

Katanya, ia dilaksana secara percuma melibatkan kelas-kelas, dewan-dewan peperiksaan dan kantin di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia bagi mencegah virus COVID-19.

“Moga usaha yang kecil ini boleh membantu mengurangkan risiko pandemik sekaligus membantu rakyat yang resah dan gelisah memikirkan nasib anak-anak mereka,” katanya dalam kenyataan melalui laman facebooknya yang turut memuatnaik gambar-gambar berkaitan.

Ujarnya, dalam tempoh dua hari terbabit menyaksikan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gerik, Pasir Mas, Kuala Selangor, Shah Alam, Permatang Pauh, Tasek Gelugor, Balik Pulau, Pontian, Parit Sulong, Tampin, Cheras, Ipoh Timur, Jasin, Gombak, Kemaman, Jelutong, Jerantut, Batu, Selayang, Petaling Jaya, Tanjung Piai, Balik Pulau dan UMNO Siswa Parit Sulong terlibat.

Maklumnya, banyak lagi bahagian-bahagian di seluruh Malaysia turun bergotong-royong dan akan terus membantu menjelang 22 Februari ini.

Dilaporkan, peperiksaan SPM/STPM 2020 yang sepatutnya berlangsung akhir tahun lalu terpaksa ditunda ke tahun 2021 ekoran penularan pandemik COVID-19. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit