Hotline i-Sinar Pemuda UMNO Tetap Beroperasi, Pantau Pelaksanaan – Asyraf

KUALA LUMPUR, 15 Feb – ‘Hotline’ i-Sinar Pemuda UMNO tetap beroperasi sehingga minggu hadapan walaupun Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memansuhkan semua syarat dan kriteria bagi pengeluaran Akaun 1 skim dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan tetap memantau aspek perlaksanaan i-Sinar.

“Sebarang isu dan kesulitan yang masih dialami boleh dikongsikan dengan kami. InsyaAllah kami akan terus memantau bagi pihak rakyat agar perlaksanaan i-Sinar sebagaimana yang dijanjikan Kerajaan minggu lalu benar-benar memenuhi harapan semua.

“Boleh juga terus berkongsi maklum balas di ruangan komen di sini. Kami ada pasukan khas meneliti setiap komen untuk diangkat suara semua ke pihak berwajib,” maklumnya menerusi laman facebooknya, hari ini.

Justeru dua talian yang dibuka sejak penghujung November lepas akan terus dibuka sehingga minggu hadapan.

Talian hotline tersebut ialah 013-7354116 dan 013-7354117.

Terdahulu, penghujung tahun lalu, Pemuda UMNO mewujudkan Sekretariat Pemantau Isu KWSP bagi membela rakyat dan memantau proses untuk mempermudahkan pencarum mengeluarkan wang simpanan tanpa mengenakan sebarang syarat, kriteria dan diberikan pilihan mengeluarkannya secara one-off sebanyak RM10,000 maksimum. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.