Wanita UMNO Segamat Terus Santuni Masyarakat – Norshida

KUALA.LUMPUR, 13 Feb – Wanita UMNO Segamat bersama pimpinan setempat yang lain hari ini turun padang sepertimana rutin mingguan membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kali ini Ketuanya, Datuk Norshida Ibrahim dan mereka yang lain tertumpu di Felda Palong Timur menyalurkan beg sekolah serta keperluan lain untuk anak-anak sekolah.

“Kita menerusi pimpinan setempat saban minggu akan turun padang sepertimana hari ini menerusi pelbagai program yang telah diatur oleh pimpinan di kawasan.

“Dalam melaksanakan program seumpama ini kita bekerjasama rapat dengan mereka-mereka di akar umbi supaya program sepertimana hari ini benar-benar mencapai kumpulan sasaran,” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Pada masa yang sama Norshida turut menjelaskan Wanita UMNO Segamat juga melakukan program ziarah kasih terhadap penduduk setempat lain dalam usaha mendekati secara lebih dekat masyarakat.

“Secara tidak langsung Alhamdulillah kita juga akan dapat menjadi mata dan telinga kepada rakyat di akar umbi untuk mereka menyalurkan sebarang permasalahan yang timbul. Insya Allah kita sentiasa mendengar keluh kesah rakyat,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.