Bersama Bina Malaysia Lebih Sejahtera, Eratkan Perpaduan Antara Kaum – Norliza

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim mengajak seluruh rakyat untuk bersama membina Malaysia yang lebih sejahtera demi mengeratkan perpaduan antara kaum yang mempunyai kepelbagaian budaya di negara ini.

Katanya, perayaan tahun ini masih lagi berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditambah pula dengan pengisytiharan proklamasi darurat yang masih dilaksanakan akibat wabak pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua yang menyambutnya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ujarnya, penjarakan sosial antara satu sama lain mesti diamalkan selain memakai topeng muka ketika kunjungan.

“Begitu juga dengan bersalaman perlu dielakkan dan kerap membasuh tangan bagi memastikan tangan kita sentiasa bersih.

“Ini semua dilakukan sebagai langkah tanggungjawab dan peranan kita untuk mengamalkan norma kehidupan yang baharu bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.