Bantuan Disalur Pastikan Rakyat Jadi Keutamaan – Ghazali

TAWAU, 7 Feb – Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing memaklumkan bahawa kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa jadi keutamaan parti dalam berdepan pelbagai cabaran khususnya yang terkesan berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, walaupun sekarang ini negara sedang dalam keadaan darurat dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun bantuan kepada rakyat tetap dilaksana.

“Kami sentiasa mahukan yang terbaik untuk rakyat khususnya dalam menghadapi kesukaran akibat daripada pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Untuk bantuan kali ini, UMNO Tawau telah menyediakan 2,000 kampit beras, 1,000 beg sekolah dan alat tulis, di samping 5,000 pelitup muka dan sedikit bantuan tunai kepada setiap penerima.

Dalam masa yang sama beliau mengucapkan terima kasih kepada jentera UMNO Bahagian Tawau yang telah sama-sama berusaha memastikan usaha membantu rakyat lancar.

Di samping itu, Ghazali turut menyeru semua pihak untuk terus mengutamakan keselamatan dan memathu setiap arahan kerajaan.

“Saya minta semua pihak agar utamakan SOP dan penjarakan sosial, sama-samalah kita berusaha memutuskan rangkaian COVID-19 dan berdoa agar negara kita kembali sejahtera,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.