Naratif Tommy Thomas Sepadan Naratif Dap, Tidak Diasaskan Fakta – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Naratif Tommy Thomas menerusi bukunya sepadan dengan naratif pemimpin Dap yang cuba menulis kembali sejarah kononnya pengganas komunis adalah pejuang kemerdekaan yang tulen.

Demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkaitan kandungan buku ‘My Story: Justice In The Wilderness’ yang ditulis bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Katanya, Tommy Thomas menghebahkan suatu sangkaan tentang 13 Mei 1969 yang dipopularkan oleh puak komunis ketika itu.

“Ia menambahkan naratif rasis yang disebarkan dikalangan penyokong-penyokong parti pembangkang.

“Rampasan kuasa apa? Almarhum Tunku meletak jawatan pada 1970. Parlimen bersidang semula setelah PRU 1969 diselesaikan. Dan negara membuat PRU 1974, genap lima tahun selepas 1969. Kesemuanya menepati Perlembagaan.”

Bidas beliau, anggapan Tommy Thomas itu tidak diasaskan kepada fakta dan bukti.

Dilaporkan, menerusi bukunya dalam bab 6 dan bab 7 , Tommy Thomas menyebut Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang kedua terlibat menyebabkan rusuhan kaum peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Dalam kedua-dua bab itu juga menyatakan seolah-olah Tun Abdul Razak mengadakan kudeta kononnya kerana Allahyarham mengetahui beliau berpenyakit leukimia maka seolah-olah beliau cuba merampas kuasa daripada Tunku Abdul Rahman. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.