Puteri UMNO Lapor Polis Terhadap Tommy Thomas, Salah Laku Tidak Boleh Diterima

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah membuat laporan Polis terhadap Tommy Thomas di IPD Dang Wangi, hari ini berikutan salah laku yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu dianggap amat tidak boleh diterima sama sekali.

Laporan polis tersebut telah dibuat oleh Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia, Asuma Mohamed Sali.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan laporan polis tersebut merujuk kepada buku tulisan Tommy Thomas bertajuk ‘Justice in the Widerness’ yang diterbitkan dan diedarkan oleh GB GerakBudaya.

“Dia telah melanggar sumpah kerahsiaan jawatan dengan mendedahkan kepada umum bagi tujuan komersial, keuntungan dan sensasi debgan melanggar s. 8 dan boleh ditangkap tanpa waran di bawah s. 18 OSA.”

Katanya, petikan bab dalam buku tersebut telah diedarkan melalui berbagai media yang beberapa tajuk bab buku tersebut menunjukkan bahawa kandungannya banyak berkait dengan hal kerahsiaan kerajaan dan negara termasuk berkenaan perbincangan dan nasihat yang diberikannya kepada PM, YDPA, Majlis Raja-Raja dan penjawat kerajaan lain.

Jelas Asuma, maklumat tersebut berkait dengan maklumat yg diperolehinya dalam bidang tugas sebagai peguam negara di antara tahun 2018-2020 seperti tajuk2 bab berikut: Najib’s SRC Trial, 1MDB, IPIC, Equanimity, Goldman Sachs, King and Rulers, Altantuya, Representations and Non-1MBD Prosecution, Racism and Adib and LTTE.

“Tajuk-tajuk tersebut juga menunjukkan pendedahan maklumat sensitif masyarakat majmuk Malaysia dan berupa hasutan.

“Saya percaya dia juga telah melakukan satu kesalahan di bawah s. 203A Kanun Keseksaan kerana maklumat yang didedahkan  Tommy Thomas dalam buku tersebut adalah dari pelaksanaan tugasnya atau semasa menjalankan fungsinya sebagai Peguam Negara.”

Tegasnya, Tommy Thomas juga menghasut dan membangkitkan kebencian antara kaum dan terhadap badan2 kerajaan yg kononnya di dominasi oleh bangsa Melayu yg tidak berkelayakan.

“Dia juga menghina dan membuat fitnah jenayah terhadap agensi kerajaan dan pegawai- pegawai nya yg merupakan satu kesalahan dibawah s.499 Kanun Kesiksaan.”

Sehubungan itu, beliau memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mendakwanya dengan berbagai kesalahan yang telah didedahkan tersebut. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.