Pendedahan Tommy Thomas: Puteri UMNO Desak Tubuh RCI

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Puteri UMNO Malaysia mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan pendedahan yang dibuat bekas Peguam Negara, Tommy Thomas di dalam buku memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness.’

Kata Exconya, Noor Hasimah Abu Hassan, pendedahan bekas Peguam Negara lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu menimbulkan persoalan iaitu apakah benar wujudnya banyak campur tangan terhadap proses keadilan sewaktu beliau menjawat jawatan tersebut untuk membebaskan rakan politik individu tertentu dan pendakwaan terpilih kerana bermotifkan politik kebencian.

“Adalah perlu diwujudkan RCI berhubung pekara ini termasuklah dalam kes-kes yang melibatkan keselamatan negara khususnya berkaitan dengan kumpulan pemberontak LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam),” gesa Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak itu dalam satu hantaran di Facebook. – UMNO ONLINE

Semalam, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata banyak persoalan dan keraguan yang timbul tentang perjalanan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apakah benar banyak campur tangan proses keadilan untuk membebaskan rakan dan pendakwaan terpilih kerana bermotif politik kebencian sebagaimana pendedahan Tommy Thomas di dalam bukunya itu.

Tegasnya, kerajaan hari ini mestilah memperbetulkan semula segala kerosakan berlaku di zaman kegelapan PH selama 22 bulan. – UMNOONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.