Ikut Perlembagaan, Pertahankan Institusi Presiden – UMNO Selangor

KUALA LUMPUR, 30 Jan – UMNO Selangor akan terus mendokong kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mentadbir parti ini demi membela nasib orang Melayu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata ini kerana pemilihan presiden parti adalah melalui proses demokrasi oleh itu ianya wajar dipertahankan.

“UMNO Selangor akan terus menghormati institusi Presiden bagi mengukuhkan kekuatan dan kedudukan parti.

“Jawatan Presiden UMNO merupakan jawatan yang dipilih perwakilan dan ia perlu dipertahankan sehingga pemilihan parti pada masa akan datang.

“Pendirian UMNO Selangor ini jelas selari dengan peraturan dan Perlembagaan yang ada di dalam parti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Noh Omar yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang sebentar tadi turut berkesempatan meluangkan masa membantu jentera Pemuda UMNO bahagian itu melakukan sanitasi di beberapa sekolah di kawasan berkenaan.

“Kami mahu memastikan keselamatan anak-anak di sekolah lebih terjamin. Dalam masa sama ibu bapa tolong pastikan anak-anak mengikuti prosedur operasi standard bila ke sekolah,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.