Proses Sanitasi Awam Dilaksana Demi Mengekang Penularan COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Kerajaan negeri Johor menyedari bahawa proses sanitasi amat penting bagi mengekang penularan COVID-19 lantas perkara tersebut dilaksana membabitkan kawasan awam.

Menteri Besarnya, Datuk Ir Hasni Mohammad memaklumkan setakat ini sebanyak 2,552 operasi telah dijalankan dan daripada itu sebanyak 222 operasi telah dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.
“Saya berkesempatan berhubung secara sidang video dengan Pengarah JBPM negeri, Datuk Yahaya Madis berkenaan dengan Operasi Sanitasi Awam yang telah dijalankan.

“Menurut beliau lagi, kesemua 32 balai Bomba di seluruh Johor telah dilengkapi dengan peralatan sanitasi.

“Tahniah dan terima kasih saya ucapkan mewakili kerajaan negeri atas kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh pihak JBPM Negeri Johor dalam komitmen melaksanakan Operasi Sanitasi Awam ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
rakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang melakukan proses sanitasi awam di beberapa kawasan di negeri itu.

Maklumnya, semalam, Pasar Borong Pandan di Kangkar Tebrau, Johor Bahru ditutup selama tujuh hari bermula semalam hingga 31 Jan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan selepas terdapat kes positif COVID-19 di pasar berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu ketika dihubungi Bernama mengesahkan penutupan berkenaan dan memaklumkan bahawa notis perintah tutup premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.