#PuteriPrihatin: Puteri UMNO Gerakkan Kempen Bantuan Pasca Banjir

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Bersimpati dengan semua mangsa banjir yang diuji seawal tahun ini, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menggerakkan kempen bantuan mangsa pasca banjir.

“Ramai yang tinggal sehelai sepinggang bila rumah dinaiki air, barang tak sempat dipindahkan.

“Jadi, sama-sama lah kita menyumbang bagi membantu saudara-saudara yang dalam kesulitan ketika fasa Pasca banjir sekarang,” kata Ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan dalam Instagram miliknya.

Sebelum ini, Pergerakan Puteri UMNO juga giat membantu mangsa banjir dan juga kerja-kerja pembersihan pasca banjir di beberapa negeri yang terlibat seperti di Johor, Perak dan terutamanya di Pahang, negeri yang paling terjejas teruk.

Seterusnya, Zahida juga berharap agar sumbangan yang diberikan mampu mengurangkan beban mangsa yang terlibat dan mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.

“Semoga sumbangan kita semua dapat mengurangkan beban para mangsa dan kebaikan kalian mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.

“Ribuan terima kasih Puteri ucapkan,” katanya lagi dengan tanda pagar #PuteriPrihatin.

Menurutnya, antara barang-barang keperluan yang diperlukan adalah seperti susu, lampin pakai buang, tikar, toto, selimut, tuala, bantal, makanan kering serta peralatan rumah dan barangan asas rumah.

Segala sumbangan barang keperluan tersebut boleh dihantar ke Ibu Pejabat Pergerakan Puteri UMNO, Aras 5, Menara Dato’ Onn, di sini.

Sumbangan juga boleh dihulurkan dalam bentuk kewangan di akaun PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO) – PUTERI, Bank Rakyat dan nombor akaun 1100 042 825.

Segala maklumat yang diperlukan boleh menghubungi Khidir di talian 014 364 8094 dan Akmal 017 229 4869. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.