Apa Jua Fitnah, Akar Umbi Benteng Kekuatan UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendirian tetap istiqamah walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah dilontarkan terhadapnya.

Menerusi catatannya di Facebook, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan biarpun daripada pelbagai sudut lontaran berkenaan baik dalaman mahupun luaran kekuatan sebenar UMNO daripada akar umbi.

“Saya tetap istiqamah biarpun peluru-peluru fitnah dan roket-roket penjahanam UMNO dari setiap sudut dalaman dan luaran dihamburkan bertubi-tubi kepada saya. Kekuatan UMNO sebenar dari benteng-benteng di akar umbi,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk seterusnya menegaskan sungguhpun pimpinannya cuba dihancurkan benteng yang ada tetap kukuh.

“Biarpun pemimpin-pemimpinnya cuba dimusnahkan, namun bentengnya tetap utuh,” tegasnya.

UMNO terus menjadi tumpuan apabila pelbagai perkara cuba dikaitkan dengan parti berkenaan dan serangan demi serangan seperti tohmahan terhadap kepimpinan utama parti bermain di media sosial – UMNO Online