UMNO Rakam Takziah Atas Pemergian Tun Salleh Abas

KUALA TERENGGANU, 16 Jan -Seluruh kepimpinan UMNO menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Dr Mohamed Salleh Abas, yang meninggal dunia pada pukul 3.20 pagi tadi.

Anak Allahyarham, Natlrah mengesahkan Mohamed Salleh, 92, meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus, mengesahkan berita dukacita tersebut.

“Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman. Al- Fatihah – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.