Pemuda, Puteri UMNO Terus Prihatin… Bantu Mangsa Banjir Jadi Misi Utama

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Mangsa banjir terus mendapat keprihatinan daripada UMNO yang bergerak dalam pelbagai peringkat demi untuk membantu sebagaimana diaplikasi oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia.

Awal pagi tadi, rombongan Puteri bertolak ke Benta di Pahang untuk meneruskan misi membantu mangsa banjir di kawasan tersebut.

Misi tersebut dipimpin oleh ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan menyambung bantuan-bantuan lain yang telah lebih awal dilaksana sejak dari banjir bermula.

“Selamat pagi semua. Pagi ni Puteri bersama-sama sukarelawan akan bergerak ke Benta, Pahang pula untuk Ops cuci sekolah. Doakan kami, jom!

“Sebelum ini kami ke Temerloh dalam misi mencuci rumah dan surau, hari ini kami hendak ke Benta pula,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, Pemuda UMNO turut menggerakkan pasukan beruniformnya, Skuad Sabil ke Terengganu untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantuan tersebut terdiri daripada pemberian barangan kelengkapan untuk pembersihan termasuk ‘water jet’.

“Skuad Sabil Malaysia melalui Pesuruhjaya, Datuk Fazly dan Bendahari Ahmad Feardaus turun membawa barang-barang bantuan dan kelengkapan pembersihan.

“Diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz; Penguasa Skuad Sabil Negeri, Fadini dan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Kemaman dan Dungun, Hashim serta Ustaz Hisham,” katanya menerusi Facebook.

Asyraf turut mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Pemuda dan Skuad Sabil Terengganu yang terus membanting tulang memberikan bantuan keperluan asas serta melakukan operasi pembersihan rumah mangsa banjir di negeri berkenaan.

“Sejak awal banjir melanda mereka antara yang kehadapan membantu mangsa-mangsa banjir.

“Didoakan agar setiap keringat yang mengalir dan tumpah ke tanah diganjari dengan gandaan pahala yang besar di sisi Allah jua,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.