Demi Kesejahteraan Rakyat, Tiada Pemotongan Bil Elektrik Sepanjang PKP: Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tiada pemotongan elektrik di seluruh negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, semalam.

Menurutnya, keputusan itu mengambil kira keprihatinan kementeriannya ke atas pengguna yang rata-ratanya duduk di rumah ketika ini dan ada yang mengalami kesulitan membayar bil.

“Tiada pemotongan bekalan elektrik sepanjang tempoh PKP demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

“Saya memahami ramai yang susah ketika ini. Justeru Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sentiasa mencari jalan bagaimana mahu membantu rakyat.

“Rakyat adalah keutamaan kementerian yang saya ketuai,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP bersasar bermula 13 Januari 2021.

Keputusan itu dilakukan untuk mengatasi lonjakan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.