Darurat Ruang Terbaik Urus COVID-19, Wanita UMNO Terus Gembleng Tenaga Bantu Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Wanita UMNO Malaysia menyokong penuh kenyataan kepimpinan UMNO Malaysia menjunjung titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan pengisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pengisytiharan darurat ini memberi ruang terbaik untuk kerajaan menguruskan pandemik COVID-19 yang terus merekodkan empat angka sejak November lalu.

“Walaupun pengisytiharan darurat telah berkuatkuasa sehingga Ogos 2021, namun Wanita UMNO Malaysia akan tetap terus membantu mangsa banjir melalui Skuad Sayang 3K,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ujarnya, Skuad Sayang di seluruh negeri akan terus mengembleng tenaga bagi membantu mangsa banjir dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

“Pesanan saya kepada Skuad Sayang, dalam misi menghulurkan bantuan, jangan sesekali alpa mengamalkan kawalan kendiri.

“Di atas rasa keprihatinan terhadap mangsa banjir, Skuad Sayang 3K juga telah menubuhkan Tabung Bantuan Misi Bencana Skuad Sayang 3K bagi membantu mereka yang terlibat dengan bencana termasuklah banjir.”

Jelasnya, bagi individu yang berminat untuk menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkannya ke akaun: Kelab Skuad Sayang 3K Kebangsaan. 5642-5860-1083 (Maybank). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.