KWSP: Tunaikanlah Sahaja Permintaan Rakyat Tanpa Syarat – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa kerajaan agar tunaikan permintaan rakyat berkaitan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Sinar.

Beliau berkata demikian berikutan laporan media yang memaparkan beberapa pejabat KWSP ditutup ekoran langkah keselamatan akibat berlakunya penularan COVID-19.

“Tunaikan sahajalah permintaan rakyat agar pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat/kriteria.

“Tidak wajar mendedahkan rakyat kepada risiko COVID-19 hanya kerana mereka perlu bersesak ke pejabat KWSP untuk merayu dan menyerahkan dokumen bukti untuk melayakkan mereka termasuk dalam kategori 2 i-Sinar,” katanya.

Maklum beliau, pada 20hb Januari ini sesi persekolahan baharu akan bermula dan rakyat terdesak perlukan tunai.

“Ramai yang memang susah ketika ini. Suasana pandemik ini adalah suatu yang luar biasa, mungkin sekali dalam seratus tahun. Tindakan juga perlu luar biasa,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Pemuda UMNO selari dengan keputusan Barisan Nasional yang mahukan kerajaan mempermudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenakan sebarang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara ‘one-off’ sebanyak RM10,000 maksimum. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.