Kepimpinan UMNO Diminta Beri Lebih Tumpu Kepada Pembahagian Kerusi Di Selangor – Noh

TANJONG KARANG, 3 Jan – UMNO Selangor mahu perhatian lebih diberikan oleh kepimpinan pusat parti berkenaan kepada negeri itu dalam soal pembahagian kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata ia berikutan situasi politik di negeri berkenaan adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain, dan ia memerlukan perhatian yang lebih.

“Pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS telah ada jalan penyelesaian, bagaimanapun ia terpulang kepada pemimpin di peringkat pusat parti masing-masing untuk memuktamadkannya. Politik di Selangor ini berbeza, di sini ada banyak kerusi campuran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Tanjong Karang di sini hari ini. – BERNAMA