Vaksin COVID-19… Kenapa Malaysia Lambat? – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan kenapa Malaysia lambat dalam memberi vaksin kepada rakyat berbanding dengan negara-negara lain.

Katanya, vaksin COVID019 Pfizer-BioTecNTech telah diluluskan sejak Dis lalu namun kenapa Malaysia lambat?

“Malaysia bila lagi? Rakyat negara ini bila akan divaksin. Sejak Dis, kenapa Malaysia lambat? Beri jawapan yang tepat. WHO sahkan vaksin Pfizer BioNTech dan lulus edaran serta import.

“Peruntukan dah kami ahli-ahli Parlimen UMNO /Barisan Nasional (BN) dan lain-lain luluskan dalam Bajet 2021,” katanya dalam ciapan menerusi Twitter nya hari ini.

Ujarnya, 50 negara lain telah melakukan vaksinasi namun kenapa Malaysia lewat.

“Malaysia baru nak mula vaksin Feb 21? Awal, pertengahan, hujung Feb? 50 negara lain boleh Dec 20, kenapa kita terlewat?

“Kenapa bukan Jan 21? Singapura telah terima pada 21 Dis yang lalu. Apa beza Malaysia dan Singapura?

“Kes COVID-19 Malaysia sudah 115,078 dan kematian 474 hampir setiap hari,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pontian. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.