Mantapkan Perjuangan Agama, Bangsa Tanah Air… Terus Prihatin Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta ahli-ahli UMNO untuk memantapkan perjuangan ABATA (Agama, Bangsa, Tanah Air) dan terus prihatin kepada rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian turut memetik seni kata lagu UMNO iaitu ’UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia’ sebagai permulaan ciapan menerusi Twitternya, hari ini.

“Lagu UMNO akan berkumandang di 764 mesyuarat perwakilan bahagian empat peringkat pada 1-3 Jan 2021. Mantapkan perjuangan ABATA (Agama, bangsa, tanah air) terus prihatin rakyat,” katanya.

Beliau turut berpesan agar tidak menjadikan pandemik COVID-19 sebagai alasan untuk meneruskan aktiviti seharian.

“Jangan jadikan COVID-19 sebagai alasan untuk kita malas berusaha gigih bagi menghadapi hidup seharian. Lawan ‘sindrom COVID’ dengan bangkit berusaha asalkan ikut SOP yang ada.

“Bingkas dengan norma baharu. Jalan terus, apa yang baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara, lakukan segera.

“Kenangan semalam menjadi pengajaran yang amat berguna untuk hadapi hari esok yang penuh cabaran. Buang kecewa sejauhnya, terus melangkah ke hadapan,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.