2021: Teruskan Kawalan Kendiri… Perteguh Keazaman, Tingkatkan Solidariti – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai untuk meraikan kedatangan tahun 2021 dengan terus membiasan diri melaksanakan kawalan kendiri bagi memutuskan rangkaian COVID-19.

Namun begitu katanya, dalam masa yang sama perlu perteguh keazaman dan meningkatkan solidariti demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air kita.

“Alhamdulillah. Tahun 2020 telah berlalu dengan 2021 menggamit kita untuk terus melangkah. Sesungguhnya terlalu banyak cabaran dan rintangan yang kita telah lalui sepanjang tahun 2020 yang ianya memberi warna-warni dalam kehidupan kita.

“Bermula dengan pertukaran landskap politik yang memberi kita lebih banyak ruang dan peluang dalam menentukan hala tuju negara sehinggalah kepada kehidupan di norma baharu yang diaplikasi bagi mengekang penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Bera berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena tahun baru 2021, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO bagi melaksanakan mesyuarat Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh Malaysia.

“Amalkan norma baharu dan patuhi SOP demi memastikan keselamatan diri keluarga dan masyarakat,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.