Ahli UMNO Jentera Kepada Polisi, Dasar Parti – Shah Headan

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah mengharapkan agar ahli UMNO menjadi jurucakap kepada parti.

Jelas beliau, ahli UMNO perlu berkerja keras dan merangka strategi baru serta meningkatkan persepsi rakyat terhadap parti.

“Suka atau tidak suka UMNO adalah pilihan yang terbaik untuk rakyat. Ahli-ahli UMNO adalah jentera kepada ‘polisi UMNO’ dan dasar-dasar yang UMNO lakukan. Setiap ahli-ahli UMNO kena bergerak sebagai ‘campaign manager’ (pengurus kempen) bukan saja yang berjawatan dalam parti. Kita kena bangun sebagai satu kumpulan.

“Dulu…apabila ahli UMNO diasak oleh pembangkang mereka tidak ada jawapan, tetapi sekarang ini berbeza. Ahli UMNO sudah nampak perbezaan di antara kerajaan dahulu (BN) dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH), malah ahli UMNO juga dapat membezakan dengan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Shah Headan yang juga Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau turut menjelaskan pencapaian cemerlang UMNO berjaya mengekalkan kestabilan parti dan membawa kemajuan kepada Malaysia.

“UMNO mempunyai ‘track rekod’ (rekod perkhidmatan) yang terbaik khususnya untuk orang Melayu dalam negara ini malah kaum-kaum lain. Dari dulu UMNO menjaga sensitif kaum. UMNO memang terbaik kerana ia ada banyak pengalaman,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan