Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Siasatan, Dedah Segera Syarikat Kartel Daging Haram


KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pemuda UMNO mendesak agar ditubuhkan segera Pasukan Khas yang melibatkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri Halal termasuk pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), tegas Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ini katanya, bagi menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang bentuk penyelewengan termasuk rasuah dalam isu kartel daging haram.

“Jangan ada sebarang usaha menutup ataupun melindungi mana-mana pihak termasuk jika terdapat orang kenamaan dan VVIP yang terlibat dengan penyelewengan amanah umat Islam ini,” gesanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Jelasnya juga, sebagaimana enam saranan awal yang dikemukakan Pemuda UMNO Malaysia, kerajaan wajar mendedahkan segera nama-nama syarikat yang terbabit dalam kartel penyeludupan dan pengedaran daging import haram.

“Ini penting bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap keabsahan status halal daging import yang berada dalam pasaran,” katanya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.