Negara Perlukan Kerajaan Yang Kuat Untuk Tadbir Urus Cekap – Najmil

KUALA LUMPUR,27 Dis – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata pembangunan serta kejayaan ekonomi yang di nikmati hari ini adalah jasa terbesar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersifat inklusif meliputi aspek pembangunan bandar serta luar bandar.

Jelas beliau, jika mahu pembangunan negara terus mampan, negara ini perlukan kerajaan yang kuat dengan tadbir urus yang cekap serta ‘rule of law’ yang berkesan.

“Pembangunan akan terbantut jika kerajaan pemerintah sentiasa bertukar ketika pilihan raya. Dasar sebelum ini akan diganti dengan dasar baru yang belum kita tahu keberkesanannya.

“Oleh itu kita perlukan kerajaan yang kuat seperti kerajaan BN agar satu dasar pembangunan yang strategik, berdaya saing dan mempunyai hala tuju yang jelas dapat dibangunkan untuk membawa Malaysia kembali ke arah kegemilangan,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini.

Tambah Dr Najmil lagi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu turut menambah sepanjang BN mentadbir negara ini banyak dasar-dasar pembangunan yang dilakukan dan ia telah terbukti berjaya meransangkan ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Saya menekankan tentang peranan dasar-dasar pembangunan kerajaan BN yang dilaksanakan seperti Dasar Ekonomi Baru, Program Transformasi Nasional dan sebagainya yang berperanan sebagai program strategik negara.

“Kerajaan berjaya melahirkan ramai golongan profesional daripada pelbagai bidang yang menyumbang kepakaran mereka kepada negara,” ujarnya – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.