Fokus PRU-15 Dengan Menguatkan Solidariti Sesama Kita – Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan pentingnya untuk anggota parti fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan menguatkan solidariti.

“Tiada guna jika ada jawatan dalam parti kalau kita kalah dalam pilihan raya dan tiada kuasa. Fokus sepenuhnya kepada PRU-15 dan kuatkan solidariti sesama kita,” katanya.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk telah menerima kunjungan pimpinan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.

“Saya amat berbesar hati dapat bersama UMNO Bahagian Hulu Terengganu dan banyak perkara dapat dibincangkan demi memperkukuhkan parti dalam menghadapi PRU-15 akan datang,” katanya.

Dalam kunjungan Itu turut dihadiri, Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Rozi Mamat bersama ahli-ahli jawatankuasa serta Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.