Dividen ASB Terendah Dalam Sejarah, Kerajaan Harus Gembleng Tenaga Baik Pulih Negara – Zahida

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Semalam Pengerusi PNB Tan Sri Dr Zati Aziz telah mengumumkan kadar dividen ASB sebanyak 4.25% dan bonus 0.75% jumlah sebanyak 5% iaitu kadar dividen terendah dalam sejarah setelah dividen 5.5% tahun lepas juga yang terendah dalam sejarah.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarikh Khan berkata, kerajaan sekarang harus mengemblengkan segala tenaga dan berusaha untuk membaik pulihkan negara yang sangat tenat.

“Biarlah rakyat bangun dengan keceriaan dan bersemangat untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Saya terima banyak mesej-mesej dan luahan, kata mereka, ‘rindu zaman BN’,” katanya sebagai maklum balas berkaitan hal tersebut.

Ujarnya, rakyat dihujani pelbagai berita yang mendukacitakan sejak kebelakangan ini oleh kerajaan.

“Apa yang boleh diharapkan daripada kerajaan yang mempunyai barisan menteri-menteri yang paling ramai di dunia?

“Takkanlah tidak ada bijak pandai dikalangan mereka yang boleh menceriakan rakyat?

“Excuse yang paling utama yang digunakan adalah pandemik COVID-19, tapi kita juga mengetahui banyak negara di dunia yang mencatatkan pertumbuhan yang positif di masa ini, yang paling memeranjatkan adalah negara komunis China,” katanya lagi.

Dilaporkan, sejak peralihan kerajaan BN pada tahun 2018, kadar dividen ASB menurun iaitu 2017: 8.25%, 2018: 7.00%, 2019: 5.5% dan 2020: 5.00%. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.