Pemuda UMNO Komited Jadi Denyut Nadi Rakyat, Sistem E-Kasih Perlu Ditambah Baik – Kurniawan

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Pemuda UMNO akan terus komited untuk menjadi denyut nadi rakyat, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar yang telah bermesyuarat pada hujung minggu baru-baru ini.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Sabah itu, antara isu yang dibincangkan pihaknya adalah mengenai sistem e-kasih yang ada pada hari ini perlu ditambah baik dengan kadar yang segera.

“Terlalu ramai golongan yang layak didaftarkan dalam sistem e-kasih namun tercicir.

“Tidak kurang ada yang telah ditukarkan status daripada miskin tegar kepada miskin tanpa sebab yang kukuh sedangkan penama masih lagi berbumbungkan rumah yang sikit masa lagi roboh.

“Kami mencadangkan agar pihak kerajaan dapat menambahkan jumlah pekerja yang memproses dan menapis pendaftaran e-kasih untuk ditambah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Begitu juga katanya dengan penambahbaikan di mana setiap pemantau penama yang mahu berdaftar dengan e-kasih wajib untuk bersama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan yang hendak dipantau.

Selain itu tambah, syarat-syarat untuk berdaftar dengan e-kasih hendaklah dilonggarkan di mana semua maklum tidak ada yang suka-suka mahu memohon bantuan jikalau mampu. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.