Al Fatihah… Ibu Datuk Seri Najib, Tun Rahah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ibu kepada Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohd Noah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir hari ini 18 Disember di Pusat Perubatan Prince Court ketika menerima rawatan.

Isteri bekas Perdana Menteri kedua itu meninggal dunia pada usia 87 tahun.

Dalam hantaran Facebook Datuk Seri Najib beliau menulis…
Bonda saya sudah tiada.
Kami sekeluarga di hospital.
Kesedihan dan air mata mengalir.
Tiada kata-kata untuk kehilangan ini.

Semalam, dalam perkongsian di Facebook, Najib merafak sembah dan menjunjung kasih atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selain itu, turut hadir berziarah adalah pemimpin politik dari kerajaan dan pembangkang termasuklah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bonda kurang sihat. Ramai yang datang menziarahi bonda di hospital.
“Saya minta saudara-saudari tolong doakan agar bonda diberi kekuatan dan sembuh.

“Ini tempoh yang amat sukar dan merisaukan untuk kami sekeluarga,” kata Najib.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.