Puteri UMNO Teruskan Tradisi Parti Politik Khidmat Bakti – Zahida

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tetap konsisten meneruskan tradisi politik khidmat bakti membantu rakyat terutamanya dalam menghadapi krisis COVID-19 hari ini.

Kata Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan, perkara tersebut antara banyak agenda yang diperbincangkan di Mesyuarat Exco Puteri UMNO Malaysia Sabtu malam tadi.

“Puteri juga sentiasa memantau rapat situasi ekonomi semasa yang mana menyebabkan ramai anak muda terkesan teruk hingga ramai yang hilang pekerjaan.

“Kami di Puteri UMNO akan terus menjadi mata, telinga dan suara anak muda dengan pandangan dan cadangan agar isu-isu kami sentiasa menjadi perhatian kerajaan seperti isu KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, moratorium dan sebagainya.

“Puteri amat mengambil berat soal kebajikan rakyat dalam kita barhadapan situasi pandemik sekarang,” tulisnya dalam satu status di Facebook.

Justeru Zahida mendoakan agar negara segera sembuh dan rakyat dapat jalani kehidupan seperti biasa. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.