Sikap Cakna Dan Tindakan Proaktif Bung Dapat Pujian Natizen

KOTA KINABALU, 11 Dis – Maklum balas serta tindakan segara Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin menangani masalah jalan terputus ekoran banjir mendapat pujian daripada Natizen khususnya penduduk di kampung Tiong Simpodon Tamparuli dan sekitarnya.

Seorang pengguna Halaman Media Sosial (Facebook) yang menggunakan nama Anna Alia Munsin yang mewakili penduduk dan pengguna jalanraya di kampung tersebut  menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Bung yang bukan sahaja memberi maklumbalas yang positif  terhadap hantaran masej melalaui aplikasi WhatsApp malah  mengambil tindakan proaktif untuk memaklumkan kepada pihak b

erkenaan untuk membaiki segara  jalanraya tersebut.

Sebelum itu  Anna menghantar pesanan melalui aplikasi  WhatsApp terus kepada Bung pada sebelah pagi selepas kejadian banjir dan jalan tersebut terputus pada Ahad lepas.

Selepas kejadian banjir yang berlaku pada 5 November 2020 menyebabkan jalan tersebut  terputus dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan  dan pada sebelah petangnya  jalan tersebut telah diperbaiki bagi membolehkan ianya boleh dilalui oleh kenderaan.

 

“ Saya dan penduduk di kampung dan sekitarnya amat  kagum dan berterima kasih atas sikap cakna dan tindakan proaktif Bung yang bukan sahaja  membalas hantaran WhatsApp tersebut tapi mengambil tindakan segara untuk  memaklumkan perkara ini kepada pihak  Jabatan Kerja Raya (JKR)” dan seterusnya membaiki jalan tersebut” katanya dalam hantaran di Media Sosial beliau  .

Menurut Anna, Bung merupakan seorang pemimpin yang peka dan prihatin terhadap isu isu yang melibatkan kepentingan rakyat  walaupun dimaklumkan secara tidak formal dan ini memberikan keyakinan  beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan ini turut memberi gambaran kepada rakyat  kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang sentiasa membela kepentingan rakyat.

Sementara itu Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ketika dihubungi  berkata beliau sentiasa mengambil perhatian terhadap isu isu yang melibatkan kepentingan rakyat walaupun ianya di sampaikan dalam bentuk yang tidak formal

“ Setiap pesanan (Masej) yang dihantar apalagi ianya melibatkan kepentingan awam perlu diambil perhatian dan tindakan segara mengikut kesesuaian yang sedia ada, apalagi ianya melibatkan kementerian saya sendiri” jelas Bung. –UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.