Bajet 2021 Ambil Kira Pandangan Semua, Terus Perjuangkan Kepentingan Rakyat – Rahman

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, yang juga Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad melihat  Bajet 2021 yang dibentangkan baru-baru ini sekurang-kurangnya telah melepasi kelulusan peringkat awal  malah di pelbagai kementerian lain yang telah mendapat kelulusan di peringkat jawatankuasa.

Namun beliau percaya apa yang diutarakan dan dibahaskan oleh pelbagai pihak khususnya kalangan ahli Parlimen merangkumi pelbagai kepentingan dan kebajikan rakyat termasuklah soal yang menjadi bualan umum iaitu pengeluaran daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium serta pelbagai perkara lain.

‘’Bajet 2021 respon yang kita dapat daripada netizen dalam pelbagai bentuk dan sehingga hari ini walaupun tidak mendapat sokongan 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya kalau peperiksaan sebagai contoh kita melepasi atau lulus dalam peperiksaan berkenaan.

‘’Walau bagaimana pun kita ambil teguran pelbagai pihak termasuk daripada netizen sendiri selain teguran daripada ‘backbanchers’, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), rakan-rakan lain daripada Sabah serta Sarawak malah rakan-rakan lain di Parlimen maka ini juga boleh berubah daripada yang dijangkakan menerusi bajet berkenaan yang diambil kira oleh pihak kementerian itu sendiri.

‘’Dari segi keseluruhannya pembentangan bajet ini baik untuk rakyat. Banyak perkara yang dilakukan walaupun kita dalam keadaan dan suasana sejak mengambil alih kerajaan pada Mac lalu dan sepanjang 10 bulan kita mahu menyelesaikan COVID-19 sahaja mencecah sehingga empat bulan dan sudah pasti perbelanjaan ketika itu agak besar sedikit memandangkan bantuan-bantuan diberikan kepada pihak yang memerlukan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada segmen Bicara Belanjawan terbitan Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO-Online.

Beliau seterusnya percaya dan penuh yakin penggulungan peringkat akhir oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz nanti akan dibangkitkan sekali lagi oleh ahli-ahli Parlimen perkara-perkara khususnya soal-soal sepertimana yang menjadi bualan umum hari ini.

“Kita berharap soal-soal yang dibangkitkan hari ini akan dapat diselesaikan dan ditangani dengan begitu baik sebab kita kena fikir moratorium khususnya dalam kumpulan B40, M40 dan kumpulan lain ini terlibat dan kita merasakan bahawa mesti keputusan yang tepat dibuat.

“Waktu perjumpaan bersama KWSP kita tidak melihat kesukaran tetapi inilah kadang-kadang perkara berlaku sebenarnya. Apa pun mungkin akan dibahas sekali lagi pada ketika menteri kewangan menggulung yang saya percaya ahli Parlimen akan membangkitkannya.

“Apa pun ini tidak mengira kepentingan dari segi parti politik untuk orang ramai. Moratorium dan KWSP  dibangkitkan oleh UMNO  dan pelbagai pihak lain termasuklah kalangan kerajaan sendiri. Dalam kerajaan pun ada pembangkang dan takkan kita jadi ‘yes man’. Nampak perkara itu tidak benar kita bercakap tidak benar.

“Dulu saya pernah jadi ‘backbancher’ pun pernah balun kerajaan walaupun saya kerajaan…sebab saya tidak berpuas hati dengan apa yang dibentangkan dan kita mesti diperbaiki. Kita membuat dasar tetapi apabila kita merasakan ianya tidak menepati kehendak rakyat yang kita nampak tidak bersesuaian pada ketika itu maka saya sendiri bangkitkan perkara-perkara seumpama ini dan saya percaya pada 15 Disember nanti apabila penggulungan oleh menteri kewangan akan berlakulah kebangkitan semula perkara-perkara yang rasa tidak enak,’ ’ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.