Ahmad Zahid Luah Rasa Syukur, Kemelut Politik Di Perak Temui Titik Noktah

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa syukur selepas kemelut politik Perak yang berlarutan sejak Jumaat lalu, menemui titik noktah hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata penyelesaian itu adalah yang terbaik demi ummah dan rakyat.

“Syukur Alhamdulillah hari ini kami bertemu demi mencari jalan penyelesaian terbaik demi ummah dan rakyat keseluruhan.

“Mohon doakan titik penyelesaian dapat dicapai,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa pula berkata segalanya berakhir dengan baik di mana beliau turut mengepilkan kenyataan media mengenai penyelesaian yang berjaya disepakati bersama di mana kesemua presiden parti bersetuju untuk mencadangkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Haji Shaarani Mohamad sebagai Calon Menteri Besar di Negeri Perak di laman Facebooknya.

Persetujuan itu dicapai atas semangat pemuafakatan Perikatan Nasional membabitkan Bersatu dan PAS serta BN. – BNNEWSONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.