KWSP Diminta Permudahkan Pengeluaran Simpanan Tanpa Sebarang Syarat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempermudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenakan sebarang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara ‘one-off’ sebanyak RM10,000 maksimum.

Ini kerana katanya, di saat rakyat sedang kesempitan dalam mendepani keadaan luar biasa pandemik, amat wajar sekali mempermudahkan dan menyantuni keperluan mereka.

“Saya mendengar dan membaca semua keluhan dan suara hati rakyat yang kecewa dengan syarat-syarat dikenakan pihak KWSP berkenaan pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP.

“Ternyata nada pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang diberikan oleh YB Menteri Kewangan ketika sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan Negara 2021 tempoh hari.

“Ahli-Ahli Parlimen BN dan UMNO termasuk sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri sejak dari awal tegas dan konsisten memperjuangkan isu tuntutan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam kenyataan media hari ini. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2020/12/KENYATAAN-MEDIA-PRESIDEN.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.