i-Sinar, i-Malap, i-Marah, i-Kecewa… Kenapa KWSP Tak Mahu Permudahkan – Zahida

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Rupa-rupanya kegembiraan selepas penggulungan Bajet 2021 tak lama, kata Ketua Pegerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Ini kerana katanya, masih ada syarat-syarat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyusahkan pencarum dan bukan memudahkan.

“Kenapa KWSP tak mahu permudahkan urusan pencarum keluarkan simpanan sendiri?

“i-Sinar terbuka kepada semua pencarum untuk keluarkan simpanan akaun 1 secara ‘one off’ dengan pengeluaran maksmum RM10,000”

“Maaf, itu bukan kenyataan daripada KWSP, tetapi itulah yang rakyat harapkan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, dalam kenyataan yang dikeluarkan KWSP hari ini mengumumkan dua kriteria kepada pencarum yang ingin memohon pengeluaran dari akaun 1 iaitu tidak selari dengan apa yang disebutkan dalam penggulungan Bajet 2021 minggu lalu.

Dalam penggulungan tersebut, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata tidak kira sama ada pencarum telah hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan tahun ini, mereka layak untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1 tanpa mengira sama ada ahli tersebut merupakan pekerja di sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.