Bukan Sekadar Dua Perkara: Tahniah BN Menyumbang Kepada Penambahbaikan Bajet – Shahril

ALHAMDULILLAH #Belanjawan2021 diluluskan peringkat dasar dengan banyak penambahan hasil gesaan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Selain soal pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium yang menjadi dua gesaan utama, jangan kita lupa bahawa penambahan bantuan yang diumumkan Menteri Kewangan tadi juga adalah hasil cadangan dari BN dan Ahli-ahli Parlimennya.

Ini adalah penambahan belanja Kerajaan terus poket rakyat.

—-

Antara senarainya:

1. Penambahan penerima bantuan khas ‘one-off’ untuk petugas barisan hadapan COVID-19.
Sebelum: RM500 untuk petugas barisan hadapan kesihatan.
Selepas gesaan Yang Berhormat (YB) Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan:
Ditambah RM300 untuk petugas barisan hadapan lain (bukan kesihatan sahaja).

—-

2. Penambahan bantuan eBelia (e-wallet)
Sebelum: RM50 kepada belia 18-20 tahun.
Selepas gesaan YB Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, YB Arau Datuk Seri Shahidan Kassim: dinaikkan ke RM100 dan diperluas kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk yang berumur lebih 20 tahun.

—-

3. Dana bantuan pesawah
Sebelum: Tiada
Selepas gesaan YB Baling Datuk Seri Azeez Rahim: RM80 juta Tabung Bencana Pertanian.

—-

4. Bantuan Musim Tengkujuh
Disahkan setelah gesaan YB Baling, RM300 sebulan kepada pekebun kecil.

—-

5. Sewa premis perniagaan
Sebelum: Potongan cukai kepada pemilik premis yang beri pengurangan atau pelepasan sewa, sepatutnya telah berakhir Sept 2020.
Selepas gesaan Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi:
Potongan cukai dilanjutkan 6 bulan lagi ke Mac 2021.

—-

Syabas BN. Dan sepertimana yang dibayangkan Presiden UMNO sewaktu membahaskan Belanjawan tempoh hari, terima kasih Menteri Kewangan dan Timbalan-timbalannya termasuk YB Shahar Abdullah kerana sekurang-kurangnya sedia mendengar dan melaksanakan perubahan setelah libat urus bersama Ahli-ahli Parlimen. – UMNO ONLINE

Shahril Hamdan
Ketua Penerangan UMNO Malaysia

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.