Bantu Rakyat, Kembangkan Ekonomi Jadi Tanggungjawab Kerajaan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO telah mengutarakan dua perkara yang utama dalam Belanjawan 2021 iaitu pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 diluluskan dan penyambungan semula moratorium kepada rakyat.

Katanya, dua perkara ini sangat penting kerana rakyat sekarang berada dalam kesulitan dan kesusahan dalam kehidupan menjalani wabak pandemik COVID-19.

“KWSP iaitu i-Sinar hanya untuk dibenarkan 2 juta orang sedangkan pendeposit KWSP adalah 14 juta orang, yang aktif. 7 juta orang yang telah mengeluarkan Akuan 2 iaitu i-Lestari 4.7 juta orang. Dengan sepatutnya minima 4.7 orang memerlukan KWSP dan oleh itu i-Sinar tidak sepatutnya tidak dihadkan… itupun tidak diluluskan.

“Moratorium yang diumum B40 dan dibuat pilihan. Sepatutnya B40 dan M40 diberi moratorium tanpa syarat. T20 berikan moratorium jika hilang pekerjaan. Syarikat PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) bagi moratorium tanpa syarat. Syarikat besar kalau ditutup dan diberikan moratorium dan ia boleh buka dan kembali dengan operasi. Dua-dua ini yang kita minta adalah untuk mengembangkan ekonomi dan membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara Cepumas bersama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook UMNO Online, malam tadi.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menjelaskan bahawa belanjawan ini sangat penting untuk mengembangkan ekonomi dan membantu rakyat.

“Belanjawan ini adalah bertujuan iaitu satu untuk fiskal ‘monetary policy’ dan satu lagi tujuan untuk memberikan kebajikan kepada rakyat dan untuk mengembangkan ekonomi. Dua-dua perkara ini adalah perkara asas dalam Belanjawan.

“Kalau bajet ini tidak lulus, kerajaan ini akan jatuh, tetapi rakyat akan menyalahkan kami jika tidak diluluskan. Macam mana dengan inisiatif lain dengan memberikan kebajikan kepada rakyat. Tetapi dua perkara itu tidak diluluskan …ia menjadi kesukaran untuk ahli Parlimen dengan secara sepenuh hati untuk membantu dan menyetujui,” ujarnya.

Dalam pada itu Ahmad juga turut mengakui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut menyokong bajet ini jika kerajaan mengikut pandangan ahli Parlimen BN.

“Kalau kita luluskan lagi dan buat pengumuman-pengumuman tertentu dan buat kenyataan-kenyataan tertentu dan saya kira 43 ahli Parlimen BN adalah rasional untuk menyokong bajet,” jelas beliau. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.